Hadiah yang terbaik.....
Kepada kawan- kesetiaan
Kepada musuh- kemaafan
Kepada ketua- khidmat
Kepada yang muda- contoh yang terbaik
Kepada yang tua- hargai hati budi mereka dan kesetiaan
Kepada pasangan -cinta dan ketaatan
Kepada manusia - kebebasan
Adakah kamu pernah mendengar kata2 mutiara hati ni?
kata2 ini lebih kepada seorang sahabat...
Setiap maKhluk Allah memerlukan sahabat untuk menjadi penghibur hati kita.....Sahabat juga merupakan orang yang ke3 penting sebelu Allah s.w.t,ibu bapa. mahupun keluarga dan yang ke 3 adalah sahabat...
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,Sahabat sejati menjadi pendorong impian.sahabat berhati mulia mendorong kita ke jalan Allah s.w.t dan menuju ke kebahagiaan hidup....
Sahabat adalah orang yang mampu untuk membuat kita hidup ceria..kadang kala ade sesetengah orang lebih gemar menceritakan susah senang hidup bersama sahabat kerana sahabat lebih memahami kita....
Hiasilah kehidupan ini dengan guarau senda kerana ia melambangkan keharmonian hidup....
Adakalanya seorang sahabat ni x boleh pakai jugak...suke menipu kita..tapi sahabat yang baik x kan lakukan seperti itu kerana seorang sahabat yang baik adalah bercakap benar dan bukan membenarkan setiap kata - kata yang kita perkatakn..itu bermakna seorang sahabat tu tiada pendirian diri...
jika anda bersahabat,bersiaplah berkorban demi sahabat tersebut...sahabat juga memerlukan pengorbanan untuk mendapatkan sahabat yang sejati
sekiranya ada masalah yang tibul antara sahabat.kita perlulah mengalah demi persahabatan kita kerasna persahabatan ini cukup indah sekali....Pepatah pernah mengatakan hiduplah seperti lilin yang menerangi orang dan jangan hidup seperti duri yang menyakiti orang..bukan kah itu baik?
sye ade seorang sahabat ni..satu sekolah...mase menengah bawah ni memang baik ngan saya...saya ingat die jujur nak sahabt ngan saya..semue cerita kat die...sebab niat kat hati tu nak kawan selamanya...saya ingat saya dah jumpa sahabat sejati..namun di sebalik persahabatan tu adalah palsu semata mata kerana die telah memperlaga. lagakan saya dengan sahabat yang lain sehingga kami tidak bertegur selama setahun...
sahabat yang sorang lgi tu berkeras hati untuk memaafkan saya walaupun bukan salah saya..tp saya hanya mendiamkan diri sahaja kerana malas nak bergaduh...sejak dari kejadian itu,saya baru tahu bahawa selama dia berkawan ngan saya itu..kata2 yang dia lafazkan kebanyakan hanyalah pembohongan sahaja...tp..setelah menduduki menengah atas...kawan sekolah rendah saya telah memasuki satu sekolah dengan saya..kawan saya itu jenis selamba,poyo,cool..tp die baik sangat...suka dengar cerita saya walaupun susah senang tetap bersama,,,yang paling saya sakit hati tuu bila saya cakap ngan die..die buat bodoh je.. macam x de perasaan...saya selalu cakap dia tu poyo....
tp,sekarang...kami tak satu kolej..sedih x dapat bersama dengan dia....tp kami still chat di dalam facebook....
dahulu masa sekolah...suka kacau die sekiranya dia x siap kerja sekolah...lagi2 matematik...kadang2 sampai buat dia marah..kelakar sangat...kalau waktu fizik,kami duduk sebelah...muke menghadap ke hadapan.tp mulut bercakap..cover dengan buku....hu2....kalau kantoi dengan cikgu..kalangkabut nak cari jawapan..subjec tu memang membosankan...
mase exam,sibuk nak study gile2 konon...dapat markah sikit..gelk..lepastu azam bukan main tinggi lg nak belajar betul2...tp buat benda yang sama gak..dah spm...x sangka lak kertas selama ni yang buat kiteorang gagal,lulus dan dapat credt..tp masih bersyukur la dr gagal..mau taknye kene bebel ngan mak kalau gagal...
Saidina Ali pernah berkata selemah lemah lemah manusia adalah manusia yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lemah dari itu adalah orang yang mensia siakan sahabat yang telah di cari..
oleh itu cakap sahabat yang jujur lebih besar dari harta yang diwarisi oleh nenek moyang..
Bertapa nilainya seorang sahabat dalam diri setiap insan d muka bumi ini...buakn itu sahaja,bahkan kita perlulah ikhlas dalam persahabat kerana itu adalah kunci kepada kekalyan sahabat sejati...
keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu hitam yang di malam yang kelam kerana ianya wujud tapi sukar dilihat....
Jadi ingatlah kita perlu jadikan diri pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh,jangan jadi pohon yang kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak di buat kayu api sahaja...
Fikir fikirkan hal yang terhebat kerana kamu akan jadi orang yang terhebat,fikir fikirkan hal yang tertinggi kerana kamu akan mencapai yang tertinggi.....
Fhamilah dan hayatilah setiap kata kata perangsang ini semoga kamu dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha merealisasikan impian kamu...
(kata2 dipetik dari mutiara kata)




No comments:
Post a Comment